IPOH – Lima lokasi dicadangkan bagi gelembung pelancongan di negeri ini kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk dipertimbangkan.
Antaranya Pulau Pangkor, Greater Ipoh, Geopark Lembah Kinta, Taiping dan Tanjung Malim.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, kesemua lokasi itu merupakan destinasi pelancongan utama negeri.
“Sebenarnya memang kita sudah senaraikan destinasi gelembung pelancongan yang ingin kita buka kepada orang luat termasuk Bandaraya Ipoh dan Taiping.
“Cuma masalah adalah pintu masuk untuk ia menjadi gelembung pelancongan kerana sudah tentu kita kena buka semua pintu kalau pilih gelembung pelancongan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program penyerahan sumbangan peranti mudah alih kepada Perpustakaan Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Kepayang di sini hari ini.
Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada Pulau Pangkor sebagai destinasi utama gelembung pelancongan di Perak ekoran ia mempunyai laluan yang boleh dikawal.
Bagaimana pun, pada masa ini pulau peranginan itu tidak akan dibuka di secara tergesa-gesa melainkan apabila segala persediaan telah dilakukan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929