fbpx

Penyeludupan daun ketum bakal berkurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEGIATAN penyeludupan daun ketum ke Thailand dijangka berkurangan selepas negara itu mengeluarkannya daripada senarai dadah berbahaya. - GAMBAR HIASAN

LANGKAWI – Penyeludupan daun ketum ke Thailand dijangka berkurangan tidak lama lagi susulan keputusan negara Gajah Putih itu mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai dadah berbahaya.

Pengarah Maritim Nege­ri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, situasi itu bagaimanapun mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan sebahagian besar tanaman ketum yang ditanam di negara itu sebelum ini telah dimusnahkan.

“Ekoran dasar Thailand sebelum ini yang mengharam­kan dan memusnahkan ketum telah menyebabkan permintaan tinggi terhadap tanaman itu.

“Isu itu telah diambil kesempatan oleh sindiket tempatan untuk meraih untung berlipat kali ganda.

“Bila Thailand membenarkan semula penanaman ketum, tidak akan ada lagi isu untuk menyeludup keluar daun ketum ke negara jiran itu,” jelasnya.

MOHD. ZAWAWI

Tambahnya, sepanjang tahun ini sehingga 15 September lalu, APMM berjaya mematahkan 22 cubaan menyeludup kira-kira 12 tan daun ketum di perairan Kedah dan Perlis dengan nilai rampasan RM2.3 juta.

Katanya, turut dirampas adalah barangan lain seperti ayam sabung, burung murai batu, pil kuda dan dua kilogram syabu membabitkan nilai rampasan RM1.2 juta. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI