fbpx

Penternak biar lembu berkeliaran didenda RM4,400

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima ekor lembu oleh Bahagian Penguatkuasaan MPJL di dua lokasi berasingan di Jalan Serting Hilir - Tembangau dan Simpang Felda Lui Timur, 23 September lalu.

JEMPOL- Seorang penternak lembu dikenakan kompaun RM4,400 oleh Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) selepas didapati membiarkan ternakan berkeliaran pada 23 September lalu.

Yang Dipertua MPJL, Raja Norazli Raja Nordin berkata, pemilik haiwan berkenaan dikenakan tindakan dalam operasi ternakan terbiar yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan MPJL di Jalan Serting Hilir-Tembangau dan Simpang Felda Lui Timur.

Menurutnya, dalam operasi di bawah Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Kawasan-Kawasan Larangan 1971 berkenaan, pihaknya telah menangkap lima ekor lembu kerana didapati berkeliaran di jalan raya dan kawasan awam.

“Bagaimanapun empat lembu yang ditangkap telah dituntut oleh pemiliknya pada 24 September lalu setelah membayar kompaun maksimum dan kos jagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Norazli berkata, seekor lagi lembu belum dituntut dan sekiranya masih tidak dituntut sehingga Khamis ini, haiwan berkenaan akan dilupuskan.

“Semoga tindakan ini dapat memberikan pengajaran kepada semua pemilik haiwan ternakan untuk menjaga haiwan masing-masing supaya tidak menyebabkan masalah keselamatan dan kacau ganggu kepada orang ramai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI