fbpx

Najib saran laksanakan semula GST secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kerajaan melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, GST perlu dilaksanakan secepat mungkin apabila negara pulih daripada pandemik Covid-19.

“GST perlu dilaksanakan sekiranya (negara) ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata, GST mampu mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi sekali gus dapat menarik pelaburan asing.

Menurut beliau, GST akan menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan itu dapat dipulangkan kepada golongan B40 dan M40.

“Kutipan hasil GST boleh diagihkan kepada B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang mereka bayar,” katanya.

Selain itu, katanya, GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiz sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai.

“Inilah ketirisan yang paling teruk sekali,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI