fbpx

Lelaki marah pengawal keselamatan angkara status vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki memarahi pengawal keselamatan kerana enggan menunjukkan status vaksinasi dirinya.

PETALING JAYA – Orang ramai berang apabila tindakan seorang lelaki memarahi pengawal keselamatan warga asing di sebuah pusat beli-belah kerana ditegur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter milik @runwitme, video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial memaparkan lelaki itu memarahi pekerja sekuriti terbabit kerana enggan menunjukkan status vaksinasi dirinya.

“Pelanggan mengganggu pengawal keselamatan semalam. Dia tidak mahu menunjukkan status vaksinasi dan terus bertanya apakah pengawal itu telah diberi vaksin sepenuhnya.

“Kemudian dia berjalan begitu sahaja (memasuki pusat beli belah tersebut),” ciapnya di Twitter baru-baru ini.

Orang ramai berang dengan tindakan lelaki itu dan berharap agar tindakan dapat dikenakan ke atasnya.

“Abang berbaju Muay Thai, bertopi snapback, berkasut merah dan berperut buncit, kalau berani try (cuba) buat macam ini dekat Pavilion atau Sunway Pyramid.

“Dekat warga asing berani lah. Semoga dipermudahkan urusan dikutip @PDRMsia,” tulis Anwar Ahmad.

“Kalau dah masuk beg orang minta tengok nak melenting. Kalau bawa anak bawah 17 tahun yang tak vaksin cakap dekat orang yang jaga pintu itu. Mana lah orang tahu umur anak anda semua,” ciap @nftrz24

Sementara itu, menurut syafiqdanielle, dia terpaksa berhadapan dengan pelanggan sebegini setiap masa.

“Biasalah orang melayu, tiap hari aku kena hadap customer (pelanggan) macam ini. Selepas itu, kata customer always right (pelanggan selalu betul),” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI