fbpx

Lelaki guna jaket, tali pinggang polis untuk menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid menunjukkan jaket keselamatan polis yang dipercayai dipakai suspek untuk mengaburi kegiatan jenayahnya.

MELAKA – Seorang pekerja kilang menggunakan jaket keselamatan dan tali pinggang polis untuk mengaburi kegiatan samun dilakukannya sebelum berjaya diberkas di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, minggu lalu.

Suspek berusia 25 tahun itu dicekup polis ketika sedang bekerja di sebuah kilang di kawasan tersebut kira-kira pukul 5 petang, 21 September lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, hasil siasatan awal, suspek dipercayai aktif melakukan samun di kedai serbaneka, premis menjual peralatan logam dan stesen minyak sekitar daerah Melaka Tengah sejak Julai lalu.

“Pada 17 Julai sehingga 19 September lalu, kita menerima lima laporan kejadian kes samun dan hasil siasatan rakaman televisyen litar tertutup  (CCTV), pihak polis berjaya mengesan suspek berkenaan.

“Suspek melakukan kegiatan samun itu seorang diri dan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI