fbpx

Imbas check-in, chek-out idea paling bernas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aplikasi MySejahtera yang memaparkan pendaftaran masuk dan keluar.

PETALING JAYA – Orang ramai memberikan beberapa cadangan untuk menambah baik pendaftaran masuk (check-in) dan pendaftaran keluar (check-out) di aplikasi MySejahtera.

Ruangan komen di satu posting dimuat naik di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) memaparkan, rata-rata orang ramai berpendapat aplikasi tersebut perlu diperbaiki daripada sudut teknikal ‘check-in’ dan juga ‘check-out’.

“Saya cadangkan KKM suruh pihak pengasas aplikasi MySejahtera untuk buat satu sistem yang mengesan pengguna apabila keluar dari kawasan ‘check-in’. Contohnya setiap kedai dan pusat beli belah dan sebagainya diletakkan satu radius sebesar 200 meter, apabila pengguna keluar dari radius atau zon tersebut, sistem itu secara automatik ‘check-out’ untuk pengguna.

 

Makluman oleh KKM.

“Bayar berjuta untuk bina aplikasi ini takkan pihak pengasas tidak boleh buat satu sistem macam itu. Dan wajibkan semua pengguna untuk memasang (mengaktifkan) sistem pengesanan global (GPS) di telefon bimbit apabila menggunakan aplikasi MySejahtera,” tulis Al Amir.

“Sepatutnya developer (pengasas) tambah fungsi automatik ‘check-out’. Aplikasi MySejahtera boleh akses lokasi kita.

“Automatik ‘check-out’ bila kita 100 atau 200 meter kedudukan kita bila keluar dari premis. Sistem harga juta-juta benda mudah je pun,” kata Salmeh Salmun.

Menurut Mimosa Pudica negara jiran mengamalkan imbas sistem pendaftaran keluar (check-out) buat penggunanya.

“Kat Singapura, scan (imbas) untuk ‘check-in’, scan (imbas) juga untuk ‘check-out’, so (jadi) tak lupa lah,” ujarnya.

Sementara itu, KKM, memuat naik posting di Facebooknya berkenaan kepentingan orang ramai untuk mendaftar keluar (check-out) dan sistem yang digunakan bagi membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI