fbpx

Gagal bawa masuk lebih 13 tan udang, sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena berisi lebih 13 tan sotong dan udang sejuk beku yang dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Hasrat sebuah syarikat perdagangan produk laut dan akuakultur membawa masuk lebih 13 tan udang dan sotong sejuk beku dari Indonesia gagal apabila ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Barat, kelmarin.

Penahanan kesemua produk bernilai RM344,823 yang disimpan dalam satu kontena itu dilakukan pukul 10.30 pagi selepas didapati tidak mempunyai permit import sah.

Jabatan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berkata, berdasarkan siasatan mendapati kontena tersebut telah berada di pelabuhan tersebut sejak 26 Ogos lalu.

Katanya, barang dagangan itu cuba dibawa masuk sebuah syarikat yang beroperasi di sebuah negeri di utara Semenanjung.

“Kesemua barang dagangan seberat 13,185 kilogram yang dianggarkan bernilai RM344,823 itu kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut.

“Semakan mendapati ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat tempatan itu sejak beroperasi lima tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI