fbpx

Gadai gelang emas beli komputer riba anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar @ketapang80 berkongsi perasaan sedih apabila tidak dapat mencari duit untuk membeli komputer riba buat anaknya.

PETALING JAYA – “Ibu sedih, ibu dah ikhtiar pinjam dekat siapa-siapa tapi tak dapat”.

Itulah perkongsian seorang wanita yang terpaksa menggadaikan gelang emas miliknya bagi membeli komputer riba buat anak yang bakal menduduki peperiksaan bulan hadapan.

Berdasarkan sebuah video berdurasi 19 saat yang dikongsikan oleh @ketapang80 di TikTok, dia berasa sangat kecewa walaupun sudah mengadaikan gelang emas tetapi wang untuk membeli komputer riba tersebut masih belum mencukupi.

“Semalam dia menangis orang tak bagi pinjam laptop, dia nak hadapi peperiksaan bulan depan, ibu terpaksa korbankan gelang emas untuk beli komputer riba kakak.

“Tapi sayang kak, masih tak cukup, ibu sedih dan dah ikhtiar pinjam dekat siapa-siapa tapi tak dapat, ibu menangis sepuas hati kerana tak boleh beli laptop kakak,” katanya dalam video itu.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut berasa sebak akan perkongsian wanita itu dan ada juga yang bermurah hati untuk membantu.

“Beruntungnya awak wahai anak, ada ibu yang sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk awak, berbanding dengan diri saya ini yang akan memikirkan berkali-kali,” kata @Raudahsofiea.

“Boleh bagi akaun bank tak kakak, kami boleh beri seorang sedikit mengikut kemampuan dan moga-moga dengan cara ini dapat membantu akak untuk membeli laptop anak,”jelas @Hilda_Umairah.

“Kak dah ada laptop untuk anak ke? Saya ada laptop elok lagi guna untuk waktu belajar sahaja, kalau belum ada saya nak hadiahkan untuk anak-anak akak,” ujar @Nananaziema.

Terbaharu, di atas sumbangan orang ramai wanita itu telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang telah membantu meringankan beban yang dihadapinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI