PETALING JAYA – Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) mengunjurkan untuk menawarkan peluang perniagaan berpotensi kepada lebih 20,000 wakil pengedar di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, buat masa ini, syarikat telah membangunkan kira-kira 7,000 usahawan dengan mencatat pendapatan bersih lima angka sebulan.
Menurut beliau, pandemik Covid-19 telah memberi impak kepada banyak syarikat tempatan sehingga ramai yang kehilangan kerja dan hilang sumber pendapatan.
Sehubungan itu, Eskayvie menawarkan peluang bernilai kepada mereka yang terjejas untuk menjadi pengedar dengan membantu mempromosikan produk keluarannya.
“Melalui produk Eskayvie Diffenz yang telah dilancarkan pada awal tahun ini yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesihatan pengguna telah berjaya mencatat jualan yang menggalakkan sehingga kini.
“Produk berasaskan cendawan susu harimau itu menerima testimoni positif daripada pelanggan dan semakin ramai berkongsi kebaikan mengenainya untuk menarik lebih ramai pelanggan mencuba,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Kartika Wati menjelaskan, produk tersebut telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan kelulusan daripada kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kami juga memberi ruang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan meskipun tidak memiliki modal untuk berniaga.
“Pengedar juga tidak perlu menyimpan stok dan menguruskan penghantaran barangan kepada pengguna.
“Latihan jualan dan pemasaran diberikan secara percuma bagi membantu usahawan baharu mencapai jualan sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa tujuh hari sahaja,” terang Kartika Wati.