fbpx

Bollywood tak adil kepada pelakon wanita – Sayani Gupta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAYANI GUPTA

AKTRES Sayani Gupta mendedahkan satu fakta tentang lumrah dalam industri perfileman Bollywood apabila seseorang pelakon lelaki akan dibayar lebih mahal berbanding pelakon wanita.

Ujar Sayani, walaupun kedua-dua pelakon membawakan peranan yang sama penting dalam sesebuah filem dengan memegang watak hero dan juga heroin, namun pelakon lelaki tetap akan mendapat bayaran lebih besar berbanding wanita.

“Ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood, saya pernah diberitahu oleh seorang pengarah senior bahawa pelakon lelaki (hero) akan dibayar lebih berbanding wanita (heroin).

“Tapi saya tidak didedahkan berapa jumlah yang dibayar kepada seseorang pelakon lelaki itu. Bagaimanapun, saya rasa perkara ini suatu yang tidak adil,” katanya.

Ujar pelakon yang pernah membintangi filem The Land of Cards itu lagi, perkara seumpama itu telah berlaku sejak dahulu dan dia tidak mempunyai suara untuk menentangnya.

“Soal bayaran itu telah menjadi perkara biasa sejak dahulu lagi.

“Saya sendiri tidak tahu ‘kelebihan’ pelakon lelaki sehingga mereka mendapat bayaran lebih berbanding pelakon wanita,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI