fbpx

807 kes memandu lawan arus sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melawan arus telah meragut nyawa dua remaja di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memaklumkan sebanyak 807 kes pemanduan lawan arus dikesan sejak Januari lalu.

Menurut beliau, daripada 807 kes itu, sebanyak 29 kes dikategorikan kes maut, 17 kes parah, 49 kes ringan dan 712 kes rosak.

“Kes memandu lawan arus kebelakangan ini kerap dilaporkan. Kes demikian disebabkan memandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah dan perkara ini amat membimbangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berhubung statistik kes pemanduan lawan arus, faktor penyebab dan langkah menanganinya.

Ka Siong berkata, dalam hal tersebut Kementerian Pengangkutan telah menguatkuasakan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bermula 23 Oktober tahun lalu.

Kata beliau, pindaan itu antara lain meningkatkan kadar denda serta tempoh penjara mereka yang melakukan kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol dan dadah. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI