fbpx

40 anggota polis Gua Musang positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tiga dari kanan) menerima sumbangan barangan makanan daripada Teik Choon di IPD Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Seramai 40 anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang disahkan positif Covid-19 selepas dipercayai berjangkit dengan orang awam sewaktu menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota-anggota polis itu kini menjalani tempoh kuarantin sejak seminggu lalu kuarters IPD Gua Musang selepas mempunyai gejala jangkitan Covid-19.

Katanya, kesemua anggotanya yang terlibat dipercayai berjangkit daripada orang awam ketika melaksanakan tugas.

“40 anggota bersama ahli keluarga terpaksa dikuarantin selepas mereka disahkan positif Covid-19 tahap satu dan dua selain ada antaranya menjadi kontak rapat pesakit.

“Jumlah jangkitan Covid-19 itu adalah yang terbesar di IPD Gua Musang berbanding sebelum ini yang hanya melibatkan bilangan kecil sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima bantuan makanan daripada wakil Kelab Lion, Tan Teoh Teik Choon di IPD Gua Musang untuk diserahkan kepada 40 anggota polis yang sedang dikuarantin.

Sumbangan 40 pek makanan itu disumbangkan Kelab Lion yang disampaikan District Governor 308B1 Kelab Lion, Tan Teoh Teik Choon.

Mengulas lanjut, menurut Choon Foo, sebelum ini, lebih 200 anggota polis pelbagai pangkat di IPD Gua Musang sudah lengkap dua dos vaksin. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI