fbpx

Tuchel akui silap atur taktikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMELU Lukaku (kanan) yang mengetuai jentera serangan Chelsea gagal menghadirkan percubaan bahaya ke arah gawang City ketika mereka tewas 0-1 kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui pasukannya beraksi di bawah tahap sebenar selepas mengalami kekalahan pertama musim ini apabila tewas 0-1 kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City di Stamford Bridge kelmarin.

Kata Tuchel, pasukannya gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan khususnya di bahagian serangan apabila bermain dalam keadaan tertekan sehingga gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah kubu skuad The Citizens.

“Kami akur tewas pada perlawanan ini kerana City berhak untuk melakar kemenangan. Pasukan kami berjaya memberikan saingan yang diharapkan sebelum jaringan yang dilakukan mereka pada awal babak kedua telah merencatkan momentum pasukan.

“Banyak kelemahan yang saya lihat dan sudah tentu yang paling utama adalah kegagalan me­nguasai bola dengan baik sekali gus menyaksikan kesukaran buat pasukan mencipta sebarang peluang berbahaya di hadapan kubu pasukan lawan,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuchel turut meletakkan kekalahan tersebut di atas bahunya selain percaya kesilapan percaturan taktikal telah menyebabkan pasukan terpaksa akur kehilangan tiga mata berharga buat kali pertama musim ini.

“Mungkin ada juga kesilapan daripada percaturan taktikal saya yang mana meletakkan pemain yang belum cergas sepenuhnya seperti N’Golo Kante dalam kesebelasan utama selain merehatkan beberapa tonggak utama seperti Jorginho dan Thiago Silva.

“Namun, inilah risiko yang perlu saya ambil dan dalam masa yang sama saya tidak mahu pa­sukan terlalu meratapi kekalahan ini kerana ini hanyalah tiga mata dan saingan liga juga masih di peringkat awal musim,” kata bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI