fbpx

Tiga kampung di Sungai Siput dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan penduduk kampung yang terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

IPOH – Penduduk tiga buah kampung di Sungai Siput terpaksa dipindahkan sejak malam tadi setelah kediaman mereka dinaiki air berikutan kejadian banjir kilat.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, hujan yang turun sejak petang semalam menyebabkan air melimpah ke kawasan rendah.

Menurut jurucakap itu, tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka sejak pukul 8.30 malam tadi dan usaha memindahkan penduduk dilakukan oleh pasukan penyelamat.

“Tiga PPS adalah di Kampung Chior dan Kampung Tok Surat di Lasah serta Kampung Lintang.

“Ketika ini bomba bersama agensi penyelamat yang lain sedang memantau keadaan banjir,” ujar jurucakap tersebut.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI