PUTRAJAYA – Bakal bapa yang lengkap divaksinasi serta negatif ujian Covid-19 akan dibenarkan untuk menemani isteri mereka di bilik bersalin.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya di Twitter hari ini.
“Saya telah minta @DGHisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian Covid-19 serta negatif untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” menurut ciapan itu hari ini.
Beliau berkata demikian bagi membalas ciapan pengguna Twitter, @f_scottphytz yang memintanya mempertimbangkan perkara tersebut.
“YB, mohon pertimbangkan suami yang lengkap divaksinasi untuk menemani isteri mereka di bilik bersalin. Jika ujian dijalani menunjukkan mereka tidak dijangkiti Covid-19,” ciap pengguna itu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929