fbpx

Budak perempuan ditemui lemas jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditutupi kain oleh ahli keluarganya.

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hanyut selepas terjatuh di dalam longkang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, pagi ini.

Mayat, Siti Aishah Supardi, 8, ditemui pukul 8.42 pagi pada jarak 15 meter dari lokasi asal kejadian

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, penemuan mangsa dilakukan orang awam di dasar longkang tersebut.

Katanya, dilaporkan ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warga Indonesia bertaraf penduduk tetap.

“Mangsa ditemui lemas oleh orang kampung di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempatnya jatuh.

“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan hanyut selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, petang tadi. -K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI