fbpx

Salam kenal daripada rapper Indonesia, Ben Utomo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEN UTOMO

KISAH percintaan anak muda yang rumit dan dinamik amat menarik untuk diterokai dan dijadikan inspirasi dalam karya seni.Hal sama yang dilakukan penyanyi rap dari Indonesia Ben Utomo.

Tidak lama selepas melancarkan album INDO KID, lebih tepat pada April 2021 lalu, menjelang akhir suku ketiga 2021, perjalanan penyanyi yang memulakan karier rap secara profesional sejak 2014 itu bersambung lagi apabila bakal melancarkan single terbaru dengan tema romantik, berjudul Ghosting.

Menariknya, Ghosting turut menampilkan dua rakannya, Benny Fasak dan Si Pattra.

“Walaupun saya agak baru juga melancarkan album INDO KID, namun saya merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk melancarkan satu lagi single baru,” kata Ben membuka perbualan.

Cukup dikenali sebagai pengkarya yang mempamerkan lirik menyengit, jujur dan tanpa kompromi, perspektif unik dan tulen terhadap hip-hop serta penampilan uniknya, untuk kali ini pemilihan kisah dan tajuk lagunya disifatkan kelestarian penggunaan istilah popular dalam kehidupan seharian.

BEN sengaja membentuk naratif dan tajuk lagu terbaharunya seiring dengan apa yang berlaku kehidupan seharian, khususnya isu percintaan anak muda zaman sekarang.

“Inspirasi untuk tema lagu ini sebenarnya adalah kisah cinta yang mungkin dialami oleh ramai orang. Ketika kita merasa selesa dengan seseorang, tetapi orang itu sebenarnya bukan sahaja memberikan harapan palsu, malah hilang begitu saja. Inilah intipati lagu Ghosting.

“Jika anda dengar, dalam bait pertama saya bercakap tentang hubungan mesra dengan seorang wanita, tetapi tiba-tiba dia menghilang.

“Semasa di bait kedua, saya pula yang menghilang. Saya yakin ini adalah sesuatu yang mungkin biasa dialami oleh ramai anak muda di masa kini.

“Saya harap pendengar akan dapat mengaitkan perspektif cerita yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini,” jelasnya lebih lanjut.

Pergaulan Ben dengan pemuzik daripada genre lain juga banyak mempengaruhi perjalanan dan seleranya dalam berkarya.

Kerjasama dengan dengan Benny dan Si Pattra juga mampu membantunya menyampaikan naratif lagu dengan lebih berkesan.

“Sebenarnya kedua-duanya adalah rakan saya. Pada masa itu, kami semua berada di rumah saya melepak bersama. Ketika melepak itulah lahirnya idea untuk membuat lagu bersama,” ujarnya.

Mengambil kedudukan masing-masing, iaitu Benny dan Pattra sebagai penyanyi sementara Ben sebagai rapper, ada sesuatu yang menarik di sebalik penghasilan lagu ini. Prosesnya agak mudah dan tidak menghadapi banyak halangan.

“Dari proses penulisan hingga penyusunan lagu hanya memakan masa sekitar satu jam. Proses yang memakan masa hanya pada bahagian mixing dan mastering,” katanya lagi.

Lagu tersebut yang disiapkan hanya dalam beberapa minit membuktikan bakat, etika kerja dan kesungguhan Ben dalam kerjanya.

Pada masa sama, Ben kini sibuk menyusun lagu untuk projek akan datang yang menampilkan beberapa bintang undangan.

Keunikan Ben dalam mewakili hip-hop juga terbukti melalui koleksi video menerusi saluran YouTube miliknya yang telah ditonton jutaan pelayar.

Dengan bakat dan potensi yang ada pada dirinya, nama Ben Utomo diyakini akan lebih terkenal dalam dunia hip-hop, tidak hanya di Indonesia bahkan peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI