PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di 10 negeri sehingga pukul 10 malam, hari ini.
“Ribut petir dan hujan lebat dijangka bakal melanda satu atau dua tempat di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik di Kedah.
“Situasi serupa turut diramal berlaku di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim di Perak,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook sebentar tadi.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan beberapa lokasi di daerah Gua Musang, Kelantan selain Hulu Terengganu di Terengganu.
Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal melanda Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat di Selangor selain di Kuala Lumpur.
“Ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi di Johor,” jelasnya.
Katanya, situasi sama turut diramal melanda Sri Aman, Kapit, Miri, Beluru, Telang Usan, Miri, Marudi serta Limbang di negeri Sarawak selain Sipitang dan Tenom di Sabah pada malam ini. – K! ONLINE