PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) menjangkakan aktiviti rentas negeri dijangka boleh dinikmati rakyat selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.
Muhyiddin berkata, sekiranya ia (aktiviti rentas negeri) dibenarkan kelak, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana seluruh Malaysia ini, tetapi sentiasa ingat SOP,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, MPN juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memperhalusi segera isu pembukaan sempadan negara.
Menurutnya, pembukaan sempadan negara itu penting bagi mempercepatkan proses pemulihan negara. – K! ONLINE.