fbpx

Perdana Menteri bentang RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan maklumat Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen Malaysia, beliau dijangka mengemukakan usul RMK-12 pada pukul 11.30 pagi selepas selesai sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang bermula pada pukul 10 pagi.

Soalan pertama akan dikemukakan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkaitan apakah rancangan strategik untuk terus menjadikan negara mesra pelabur pasca Covid-19 dan menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa.

Dalam pada itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) akan bertanya Menteri Luar Negeri mengenai pendirian Malaysia dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan China selepas insiden pencerobohan perairan berdekatan Beting Patinggi Ali di Sarawak baru-baru ini.

Selain itu, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) akan bertanya mengenai maklum balas terkini status vaksinasi kepada pekerja tempatan dan asing melibatkan sektor pembinaan kepada Menteri kerja Raya.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 17 hari hingga 12 Oktober ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI