fbpx

Perak semakin tunjuk peningkatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Noh

IPOH -Berdasar kepada persembahan pasukan menentang Selangor FC kelmarin, Perak FC semakin tunjuk peningkatan.

Keyakinan itu disuarakan Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh ketika mengulas perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan itu, Perak FC hanya tumpas melalui jaringan penalti Ifedayo Olusegun pada minit ke-79.

Berbanding persembahan semasa dalam Liga Super lalu Perak FC yang tumpas 3-1 dan 3-0 kepada gergasi merah itu berjaya memberi saingan kepada Selangor.

“Tahniah kepada pemain Perak FC. Mereka berjaya beri saingan sengit. Ia petanda baik bahawa Perak FC bukan sekadar pelengkap kumpulan. Saya yakin kami berupaya melakukan kejutan dalam kumpulan B ini,”katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI