fbpx

Jaga pecah masuk restoran kena jel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Seorang pengawal keselamatan dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk memecah masuk sebuah restoran dan memiliki harta curi.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhi hukuman itu terhadap Khairul Awal Muhamad Sabar, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Khairul Awal didakwa melakukan pecah rumah dan mencuri wang RM200, tiga buah tabung dan sebuah mesin gerudi tangan milik Alif Ikhwan Yasin.

Kesalahan itu dilakukan di Restoran Yasin Yusof, Batu 8, Jalan Gombak di sini pada pukul 10 malam hingga 6 pagi, 1 September lalu yang didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didakwa menerima kereta curi jenis Proton Saga milik seorang wanita di sebuah parkir Jalan Rusa, Kampung Genting Kelang Baru pada pukul 4.30 petang, 20 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu juga didakwa menyimpan harta curi iaitu sebuah peti besi, 20 rangkai anak kunci serta empat buah buku sijil cuti sakit.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa memiliki beg galas curi yang di dalamnya mengandungi wang tunai RM344.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dihukum penjara setahun enam bulan dan setahun manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat tertuduh dipenjara enam dan tiga bulan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 20 September lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI