fbpx

Pembukaan PPV Silverlakes tampung kapasiti penerima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Akmal meletakkan nombor giliran pada kenderaan semasa meninjau operasi PPV Silverlakes di Batu Gajah pagi tadi.

BATU GAJAH – Pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu di Silverlakes di sini akan merancakkan lagi program vaksinasi sedia ada di samping dapat menampung pertambahan kapasaiti penerima.

Penerima vaksin dos kedua di PPV Dewan Bandaran Kinta, Ipoh akan dipindahkan ke sini secara berperingkat bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, perpindahan itu dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan kekangan tempat letak kenderaan di PPV Dewan Bandaran Kinta.

Menurut beliau, ia juga bagi menyediakan ruang yang lebih selesa di PPV Dewan Bandaran Kinta pada penerima vaksin dos pertama.

“Pembukaan PPV Silverlakes tepat pada masanya kerana kapasiti penerima dos kedua di Dewan Bandaran Kinta telah melebihi kapasiti iaitu 1,200 dos penerima sehari.

“Pada masa sama, program vaksinasi golongan remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun telah dijalankan di PPV Dewan Bandaran Kinta sejak Isnin lalu, jadi kita perlu mengelakkan kesesakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau operasi PPV Silverlakes secara pandu lalu

Pemberian suntikan menerusi kaedah ini juga lebih memudahkan proses penerimaan vaksin tanpa perlu secara bersemuka sekali gus dapat mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI