PETALING JAYA – “Suka dengan penampilan baharu awak. Semoga terus iqtiqamah”.
Itu antara doa dan pujian yang dititipkan netizen buat pengacara terkenal, Daphne Iking selepas tampil ayu berhijab dengan sempurna.
Beberapa perkongsian foto turut dimuat naik dalam Instagramnya yang memaparkan dirinya menggayakan selendang sambil membuat ulasan berbayar.
Hantaran Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking, 43, membuatkan rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan agar dirinya terus istiqamah dengan hijrah yang dilakukannya kini.
“Sangat cantik dengan berhijab. Moga Daphne terus kekal istiqamah ya.
“Masya-Allah, awak cantik berhijab. Malah, lebih menyerlah dengan keindahan ini,” tulis netizen.
Untuk info, Daphne memeluk agama Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan bernikah dengan pilihan hatinya, Azmi Abdul Rahman setahun kemudian. – K! ONLINE