KULIM – Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya selepas pulang daripada melakukan aktiviti berbasikal di Taman Mutiara, Sungai Kob di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun dipercayai baru pulang melakukan aktiviti berbasikal sebelum tiba-tiba terjatuh dan pengsan selepas melakukan senaman ringan.
Beberapa jiran dan ahli keluarga mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, sebaik kakitangan hospital tiba, mereka mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
“Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mangsa juga telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini.
“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti virus itu pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929