fbpx

KPDNHEP Selangor lupus barang rampasan lebih RM1.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zikril (tengah depan) menunjukkan antara barangan yang akan dilupus pihaknya. - ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM- Barang rampasan berjumlah lebih RM1.6 juta dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, hari ini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, ini adalah pelupusan kali pertama yang dibuat pihaknya pada tahun ini dengan kali terakhir pada 2019.

“Kesemua barang yang terdiri daripada pakaian, beg tangan, minuman keras dan beberapa barang lain ini dirampas dalam 33 kes yang kami lakukan sejak tahun 2019.

“Kami baru sahaja mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk melupuskan kesemua barang ini,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP di Pusat Perindustrian Bukit Raja, Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, kesemua barang rampasan tersebut dirampas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagang 2019.

Kata Muhammad Zikril, pihaknya berjaya menahan 16 suspek dalam sembilan daripada 33 kes yang dijalankan di seluruh negeri. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI