fbpx

Kontrak Brooke, Zhuliang tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTRAK dua jurulatih terjun kebangsaan iaitu Brooker (kanan) dan Zhuliang tidak disambung susulan pretasi kurang memuaskan daripadasukan terjun pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

AKIBAT keputusan kurang memberangsangkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, dua jurulatih terjun negara, Christian Brooker dan Yang Zhuliang menerima nasib kurang baik apabila kontrak mereka tidak disambung musim depan.

Naib Presiden Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Datuk Nawawi Reduan mengesahkan perkara tersebut menerusi keputusan yang dicapai ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

“Mesyuarat hari ini adalah berkenaan perkara yang telah berlaku di Tokyo apabila kita gagal membawa sebarang pingat. Bagaimanapun, pada temasya itu atlet telah melakukan sebaik mungkin.

“Apa yang saya boleh sahkan di sini ialah kontrak ketua jurulatih negara, Brooke telah ditamatkan. Kita telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkannya, namun tidak berjaya susulan keputusan yang diperoleh sewaktu di Tokyo baru-baru ini.

“Kontrak Zhuliang juga akan berakhir pada hujung bulan ini dan kita masih belum membincangkan lebih lanjut. Keputusan terperinci akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di MSN semalam.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih negara dari China, Li Rui menerima nasib berbeza apabila khidmatnya diteruskan untuk tempoh dua tahun sehingga 2023 dan akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih sehingga pengganti Brooker dan Zhuliang ditemui.

“Buat masa ini, Li Rui akan menjalan tugas untuk melatih skuad pelapis dan menerajui skuad terjun negara.

“Saya harap jurulatih, persatuan, setiausaha dan naib presiden dapat bekerjasama untuk memulihkan kembali sukan akuatik dengan meraih semula keputusan cemerlang,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI