fbpx

Joshua tumbang di tangan Usyk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USYK (kiri) berjaya menewaskan Joshua dengan kiraan mata pada pertarungan yang berlangsung di Stadium Tottenham awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Jaguh tinju dunia Ukraine, Oleksandr Usyk berjaya ‘menutup mulut’ Anthony Jo­shua selepas melakukan kejutan menumpaskan petinju Britain tersebut di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Pada pertarungan kelas heavy­weight tersebut, Usyk tampil dengan aksi cukup baik sepanjang 12 pusingan walaupun Joshua mendapat sokongan 66,000 penonton yang meme­nuhi Stadium Tottenham.

Meskipun Joshua dilihat tampil agresif, namun petinju berusia 31 tahun itu sukar untuk menggugat jaguh veteran berusia 34 tahun itu selepas terpaksa akur dengan kekalahan 112-117, 112-116 dan 113-115.

Bagaimanapun, Usyk mendedahkan pada pertarungan tersebut dia tidak mahu menumbangkan Joshua secara KO (knock-out) meskipun mempunyai kesempatan untuk melakukannya.

“Sudah pasti kemenangan pada hari ini paling bermakna buat saya. Pertarungan berjalan seperti yang saya jangka.

“Meskipun Joshua dilihat agresif, saya mempunyai peluang untuk menjatuhkannya secara KO tetapi pasukan saya mengarahkan supaya tidak berbuat demikian,” katanya.

Hasil keputusan tersebut, Usyk kini berjaya mengekalkan rekod sempurna sebagai petinju profesional dengan melakar 19 kemenangan daripada 19 pertarungan.

Lebih manis kemenangan tersebut sekali gus menjadikan Usyk antara petinju ketiga selepas Evander Holyfield (Amerika Syarikat) dan David Haye (Britain) memenangi gelaran dunia cruiserweight dan heavyweight serentak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI