fbpx

Jalur Gemilang lusuh, koyak cacatkan Seksyen 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalur Gemilang lusuh dan koyak rabak yang masih belum diturunkan sekitar Seksyen 20.

SHAH ALAM – Pemandangan di Seksyen 20 di sini dicemari dengan Jalur Gemilang yang lusuh dan koyak tanpa sebarang tindakan sewajarnya.

Hasil tinjauan mendapati Jalur Gemilang tersebut digantung pada pokok, premis persendirian dan perniagaan.

Seorang penduduk Seksyen 20, Basir Yusof, 60, berkata, pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil inisiatif atau tindakan sewajarnya berikutan Jalur Gemilang adalah lambang kemegahan sesebuah negara.

“Ini bukan isu kecil kerana melibatkan tahap kecintaan dan patriotisme terhadap pengenalan bendera yang mewakili negara ini.

“Sudah pastinya, Jalur Gemilang yang koyak itu menghantar mesej yang negatif khusus kepada generasi muda serta kepada warga asing atau pelancong memandangkan kawasan ini dipenuhi hospital swasta, pusat komersial, kilang-kilang dan terdapat hotel bajet,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Mohd. Shahrul Azlan, 35, berkata, keadaan Jalur Gemilang yang lusuh, koyak atau terbalik tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak.

Ujarnya, tindakan yang lebih tegas melalui segala peruntukkan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana individu atau organisasi yang dilihat tidak menghormati bendera negara.

“Sebaiknya, Jalur Gemilang lusuh diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan sendiri agar tidak berlaku perbalahan dalam masyarakat,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI