fbpx

Isu slot janji temu kahwin di Selangor selesai dalam dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Isu berkaitan kesukaran dalam slot temujanji permohonan kebenaran berkahwin di Selangor akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, langkah akan diambil dalam mengatasi kepadatan sesuatu kawasan yang menyebabkan slot temu janji sukar dilakukan oleh bakal pengantin.

Katanya, masalah juga tidak akan timbul meskipun terdapat jurunikah yang tidak mengambil vaksin kerana jumlahnya sedikit iaitu hanya sembilan orang sahaja.

“Kita akan tambah slot daripada sebelum ini masing-masing sebanyak tiga bagi sesi pagi dan petang kepada empat sesi bagi kedua-dua waktu itu.

“Majlis nikah juga boleh diadakan di masjid dengan imam datang ke masjid selain di JAIS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengisytiharan taubat Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Masitah Ab. Jalar di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah keseluruhan jurunikah yang ada di Selangor.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Shahzihan menjelaskan beberapa syor tindakan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa masjid dan jurunikah yang menolak untuk divaksinasi agar dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu ini.

“Saya akan laporkan pada Tuanku (Sultan Sharafuddin) dalam minggu ini, nanti saya maklumkan hasil perbincangannya kita bukan mahu menghukum sebaliknya kita mahu mereka ambil vaksin.

“Kalau hendak hukum, saya sudah keluarkan surat dan kita pujuk mereka dan kalau mereka tidak mahu baru kita teruskan (tindakan),” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI