fbpx

Guru besar tipu program makan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang Guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM2,500 dua tahun lalu.

Menurut sumber, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini pada pukul 1.30 tengah hari selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada penghujung 2019, suspek telah membuat tuntutan palsu untuk beberapa program di sekolah dengan menggunakan peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) sedangkan program-program tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan penahanan penjawat awam itu.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI