fbpx

Gelandangan Kuala Terengganu terima vaksin CanSino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan melakukan suntikan vaksin Covid-19 kepada salah seorang gelandangan di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seramai 18 orang gelandangan di pusat bandar raya ini menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Komuniti malam tadi.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata, kesemua mereka menerima suntikan vaksin dos tunggal jenis CanSino.

Ahmad Shah berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati bilangan orang gelandangan di bandar raya berkenaan dianggarkan 50 orang.

“Ini merupakan salah satu usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 dan golongan gelandangan tidak diabaikan kerana mereka juga terdedah dengan risiko jangkitan.

“Mereka memberikan kerjasama baik walaupun berdepan kesukaran status kesihatan mental dan masalah dokumen pengenalan diri penerima,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui ketika turun padang menyaksikan program Vaksinasi Komuniti tersebut di sini malam tadi.

Skuad vaksinasi terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Jabatan Kebajikan Malaysia mencari gelandangan itu di beberapa lokasi tumpuan golongan itu seperti Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Dataran Shah Bandar di sini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI