fbpx

Fesyen mahal V jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
V BTS

KEPULANGAN kumpulan BTS ke Korea Selatan selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat baru-baru ini mencuri tumpuan luar biasa peminat dan media tempatan.

Buktinya, kepulangan mereka disambut dengan ratusan laporan media yang berkongsi perkembangan terkini kemunculan BTS.

Di sebalik kepulangan mereka, seorang anggota BTS iaitu V sekali lagi menjadi tumpuan ramai dengan penampilan baharunya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul.

Tajuk-tajuk utama laporan berita yang menulis tentang kepulangannya turut menyentuh sisi kacak dan fesyen yang digayakannya.
Dispatch Style mendedahkan fesyen mahal digayakan V atau nama sebenarnya Tae-hyung bermula dengan topi beret jenama Hermes, baju-T Marni dan beg berjenama Delvaux.

Mengejutkan tetapi bukan sesuatu yang menghairankan. Pengaruh fesyen yang dibawa V cukup luar biasa kerana baju berwarna putih yang dipakainya tempoh hari dilaporkan habis terjual dalam masa beberapa jam selepas itu.

Bukan sekadar itu, beg jenama Delvaux yang dipakai V juga dikatakan berharga AS$50,000 (RM209,397) dan model baharunya hanya dikeluarkan sebanyak dua kali dalam setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI