fbpx

9 nelayan asing ditahan, tak sempat tangkap gamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Nor Adli (kiri) menyoal siasat sembilan nelayan warga Vietnam yang ditahan ketika mereka baharu sahaja menceroboh perairan negara kelmarin. FOTO TOREK SULONG.

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sembilan nelayan warga Vietnam semasa mencari lokasi untuk menangkap gamat kira-kira 100 kilometer dari Muara Tok Bali di sini kelmarin.

Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab. Rahman berkata, dua buah bot yang dinaiki nelayah asing tersebut dikesan berada di perairan negara oleh Kapal Maritim Amanah ketika menjalankan Op Kuda Laut pada pukul 3.29 petang.

Menurutnya, pihak berkuasa mengambil masa lebih satu jam untuk memintas kedua-dua bot tersebut.

Awak-awak bertindak agresif dengan melepaskan tali ke permukaan air selain meletakkan besi penghadang pada sisi bot mereka bagi mengelak ditahan.

“Bot nelayan asing itu memecut ke sempadan perairan Thailand, namun berjaya dipintas. Bot pertama yang membawa empat awak-awak dan tekong ditahan pada pukul 5.07 petang manakala bot kedua ditahan 28 minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati kesemua nelayan berusia 24 hingga 53 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Dua bot tersebut juga tidak memiliki permit yang sah untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Operasi APMM Kelantan, Tok Bali hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada hasil laut ditemui di dalam bot.

Pihak berkuasa meampas peralatan menangguk gamat bernilai RM600,000 yang diharamkan penggunaannya di perairan negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 1693) Akta Perikanan 1985 -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI