PUTRAJAYA – Sebanyak 278 kes kematian dilaporkan semalam dengan 90 kes kematian sebenar bagi tempoh tujuh hari, demikian data pada laman web CovidNow.
Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, angka tersebut menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara kini mencecah 25,437 kes.
“Sebanyak 99 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, dengan jumlah kes BID sebanyak 5,022 kes.
“Dalam masa sama, kesemua kes dilaporkan di negeri-negeri kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya yang tidak mencatatkan kematian,” katanya di sini hari ini.
Kes kematian itu dilaporkan di Selangor (113), Johor (32), Pulau Pinang (31), Kedah (27), Sabah (22), Kuala Lumpur (12), Kelantan (11), Sarawak (11), Terengganu (5), Perak (5), Melaka (4), Pahang (4) dan Negeri Sembilan (1).
Terdapat 183,289 kes aktif melibatkan 152,299 kes dikuarantin di rumah, 20,147 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 9,793 kes di hospital, 468 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 582 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929