fbpx

10 klinik kaunseling bantu mereka terkesan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan program SINAR kepada Mohd. Saufi Iskandar Mohd. Din di kediamannya di Kampung Teluk Kelubi, Segamat, Johor hari ini.

SEGAMAT – Sebanyak 10 buah klinik kaunseling akan dibuka di setiap daerah di negeri ini bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail berkata, klinik itu akan dilaksanakan secara dalam talian (Mindx) dengan memberi fokus perkhidmatan kaunseling dan psikologi.

Menurutnya, klinik berkenaan merupakan inisiatif yang terkandung dalam Program Sinergi Santuni Rakyat Johor (SINAR).

“Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai yang terkesan, ada yang kehilangan ibu atau bapa, isteri kehilangan suami dan sebagainya. Ini akan menganggu emosi dalam kehidupan seharian mereka.

“Dengan adanya Mindx ini, kita yakin dapat mengurangkan beban tekanan yang dihadapi mereka terutamanya ibu tunggal, anak yatim, suami yang kehilangan isteri dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni 24 waris keluarga di daerah Segamat yang terkesan atau kehilangan insan tersayang akibat jangkitan Covid-19.

Zaiton berkata, perkhidmatan Mindx juga akan dilaksanakan lebih 40 kaunselor berdaftar di seluruh Johor dan akan dipantau Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang bertanggungjawab dalam inisitif ini.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI