fbpx

Warga emas kontak rapat kes Covid-19 ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat seorang warga emas yang mati lemas di dalam parit di Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor hari ini. - FOTO: IHSAN BOMBA

BATU PAHAT – Seorang warga emas yang merupakan kontak rapat kes positif Covid-19, ditemui mati lemas di Parit Bentong, Jalan Parit Jalil, Tongkang Pechah, di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.54 pagi.

“Mangsa, Jamyah Abd, Alim yang berusia 73 tahun merupakan kontak rapat kes Covid-19 iaitu Pesakit Dalam Pemantauan (PUS).

“Dalam kejadian tersebut, pihak bomba dihubungi bagi membantu pihak polis setelah keluarga mangsa menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak malam tadi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, orang ramai berusaha mencari mangsa sebelum dia ditemui meninggal dunia dalam parit yang berkedalaman 1.5 meter.

“Seramai 10 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu utiliti Hilux dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba bertindak mengangkat mayat warga emas itu dalam tempoh lima minit dengan memakai pakai perlindungan diri sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, operasi tamat pada pukul 12.39 tengah hari. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI