fbpx

Tingkat pemantauan di Bagan Lalang pada hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran (dua dari kanan) membuat tinjauan pematuhan SOP Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), di Pantai Bagan Lalang di sini.

SEPANG – Polis akan meningkatkan pemantauan terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai seperti Pantai Bagan Lalang bagi memastikan pengunjung terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hujung minggu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pegawai dan anggota pemantauan sudah pun diarahkan untuk membuat rondaan lebih kerap.

“Bermula minggu ini juga, kita akan meletakkan sekurang-kurangnya tiga anggota menerusi Ops Payung bagi membantu pasukan pemantau tersebut.

“Selain membantu dalam membuat pemantauan supaya pengunjung mematuhi SOP, anggota yang bertugas dalam Ops Payung itu juga dipertanggungjawabkan menerima sebarang aduan orang awam jika berlakunya masalah di pantai peranginan itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata, polis juga akan menggerakkan ‘mobile roadblock’ yang akan memantau laluan masuk trafik Sungai Pelek menghala ke Pantai Bagan Lalang ini.

“Ini adalah sebahagian daripada persiapan yang dilakukan kerana kita yakin pada hujung minggu, ramai yang akan berkumpul dan berkunjung ke pantai peranginan ini yang menjadi tumpuan utama,” katanya.

Di samping itu, kata beliau, pihaknya tidak boleh menghalang mereka untuk beriadah tetapi perlu diingat mereka yang berkunjung ke sini mestilah dari negeri yang sama.

“Individu luar daripada Selangor, seperti Negeri Sembilan dan Melaka sama sekali tidak dibenarkan berkunjung ke Pantai Bagan Lalang,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI