fbpx

Tiga Pusat Sokongan Sosial Setempat dibuka awal tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINA (kanan) menyerahkan replika kunci PSSS kepada Mohd. Rakbi semasa meninjau tapak projek PSSS di Kompleks Perumahan Kastam Rantau Panjang hari ini. - YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membuka tiga buah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di tiga negeri pada awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, tiga buah PSSS itu akan mula beroperasi di Selangor, Kelantan dan Johor pada peringkat permulaan sebelum ia diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Ujarnya, pembukaan PSSS itu diadakan bagi membantu mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan masalah sosial.

“PSSS yang dibangunkan dilengkapi dengan kemudahan unit bimbangan dan kaunseling, penempatan sementara, pusat perlindungan untuk mangsa yang memerlukan serta bantuan kebajikan.

“Peruntukan untuk membangunkan PSSS ini melibatkan dana sebanyak RM21 juta melibatkan semua pusat di seluruh negara termasuk PSSS Bergerak.

“Buat jangka masa panjang, kita berhasrat untuk menempatkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) supaya PSSS menjadi satu kompleks bagi memudahkan tugas KPKWM,” katanya meninjau tapak projek PSSS dan Penyerahan Kunci di Kompleks Perumahan Kastam Rantau Panjang di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI