fbpx

Tiga kenalan mangsa bunuh di Changkat Minden diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat buruh binaan berusia 52 tahun ditemui di hadapan sebuah kedai runcit di Changkat Minden, Jelutong di George Town Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Polis menahan tiga kenalan seorang buruh binaan yang ditemui mati dibunuh di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Enam, Changkat Minden, Jelutong di sini Jumaat lalu.

Mereka yang berusia 41 hingga 57 tahun itu diberkas anggtoa Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang semalam.

Operasi dengan kerjasama D9 Daerah Timur Laut itu dijalankan bermula pukul 5.15 petang hingga 8.30 malam di sekitar Air Itam, Jelutong dan Lebuh Pantai di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah dan dadah.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian. Ujian saringan awal mendapati salah seorang suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

“Kesemua mereka direman selama lima hari sehingga 30 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang buruh ditemui mati selepas dipercayai dibunuh seorang kenalannya di hadapan sebuah premis pada pukul 2.30 petang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI