fbpx

Spurs anggap bukan aksi biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRY KANE akan terus memikul harapan Spurs untuk merobek gawang Arsenal biarpun prestasinya belum berada di tahap kemuncak. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo tidak menganggap aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Emirates malam ini sebagai perlawanan biasa.

Meskipun kedua-dua pasukan dilihat berada di bawah prestasi sebenar ketika ini, namun perlawanan itu dijangka berlangsung ‘panas’ memandangkan mereka adalah musuh tradisi.

Espirito Santo yang baru mengambil alih Spurs pada musim ini berkata, perlawanan itu nanti berbeza dengan perlawanan lain dan beliau mengakui, masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

“Saya tahu ia adalah perlawanan liga tetapi lebih istimewa. Pertemuan dua musuh tradisi yang sangat ditunggu kedua-dua penyokong dan ia akan dirasai oleh semua pemain.

“Saya pernah berada dalam banyak situasi perlawanan derbi tetapi masih belum biasa dengan derbi Utara London. Semua pemain sedar perlawanan ini memerlukan komitmen yang cukup tinggi,” katanya.

Beliau berharap para pemain dapat memulakan perlawanan dengan aksi positif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI