fbpx

Sarawak United FC tundukkan Penang FC 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Al Hafiz Harun (kanan) berjaya menyumbangkan satu gol buat pasukanPenang FC pada minit ke-56 di Stadium Bandaraya di George Town malam ini. Foto FB Penang FC

GEORGE TOWN – Sarawak United FC mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan Penang FC dalam perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia kumpulan A sempena sambutan ulang tahun ke-100 trofi berprestij itu di Stadium Bandaraya di sini sebentar tadi.

Pada babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan menunjukkan corak permainan seimbang dengan masing-masing cuba mendapatkan gol pertama.

Biarpun beraksi dalam keadaan hujan lebat dengan padang basah, ia tidak menggugat emosi dan ketahanan pemain kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-22, sepakan penjuru yang disempurnakan penyerang Sarawak United FC, Sandro Da Silva dilihat hanya sempat menjengah di luar pintu gol pasukan tuan rumah selepas disambar kemas penyerang Penang FC, Sheriddin Boboev.

Peluang pasukan kendalian Ketua Jurulatih Skuad Harimau Kumbang, Thomas Trucas untuk menyumbat gol pertama menerusi sepakan penalti di luar kotak oleh Endrick Dos Santos Parafita juga gagal memecah benteng pertahanan pasukan pelawat pada minit ke-29.

Gol sulung buat skuad E Elavarasan hadir pada babak kedua iaitu minit ke-47 yang disempurnakan penyerang import dari Nigeria, Uche Agba menerusi libasan kaki kirinya terus ke gawang Penang FC.

Gol kedua Sarawak United FC hadir selang tujuh minit kemudian hasil sepakan pemain pertahannya, Khair Muhammad Jefri Jones pada minit ke-54.

Serangan balas daripada Skuad Harimau Kumbang ternyata menjadi apabila rembatan padu pemain tengahnya, Mohamad Al Hafiz Harun berjaya menyumbang gol pertama pada minit ke-56.

Aksi perlawanan semakin rancak apabila penyerang Sarawak United FC, Uche sekali lagi menggandakan jaringan menerusi gol ketiga buat pasukannya pada minit ke-58.

Keputusan kekal sehingga masa tambahan dua minit terakhir perlawanan apabila pasukan enggang emas itu berjaya mengekalkan kedudukan 3-1 sehingga wisel penamat dibunyikan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI