fbpx

Sarawak antara negeri pertama laksanakan dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sarawak bakal menjadi antara negeri pertama melaksanakan suntikan dos penggalak pada bulan depan dengan memfokuskan kepada individu berisiko tinggi sebagai penerima dos ketiga vaksin berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilihan Sarawak sebagai antara penerima awal dos penggalak berikutan merupakan negeri pertama menyelesaikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sarawak akan menjadi antara negeri yang mulakan dos penggalak pada Oktober nanti, kita akan beri fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun keatas dan mempunyai komobiliti serius.

“Kita dapati inilah kumpulan yang sedang mengalami gejala serius di hospital dan perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Imunisasi dan Pengurusan Covid-19 di Kuching, Sarawak hari ini.

Khairy berkata, dos penggalak itu akan mula diberikan kepada golongan terlibat selepas garis panduan klinikal berkaitan vaksin siap sepenuhnya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan beberapa usaha bagi memastikan jangkitan kes Covid-19 di Sarawak dapat dikurangkan.

“Kita akan mempercepatkan ujian saringan dan sekiranya individu tersebut positif, dia akan terus dikuarantin.

“Beberapa pengajaran di Lembah Klang dalam mengurangkan kes Covid-19 akan diaktifkan di Sarawak iaitu laksanakan ujian dengan pantas dan asingkan mereka yang positif secara cepat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI