fbpx

‘Ramai luah simpati, mahu bantu selesai saman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Daniel (kanan) bersama ibunya, Intan Sofia ketika wanita itu pulang ke tanah air pada 2017.

GEORGE TOWN – Keluarga jururawat Obstetrik & Ginekologi (O&G) di sebuah hospital swasta di Madinah, Arab Saudi menghargai keprihatinan orang ramai dalam membantu ibunya, Intan Sofia Ibrahim, 53, menyelesaikan saman sebanyak RM210,000.

Anak sulung wanita itu, Mohammad Daniel Safwan Moha­mad Rodzi, 26, berkata, dia me­nerima banyak panggilan dalam kalangan jururawat di negara ini, kenalan termasuk bekas rakan setugas ibunya.

Menurutnya, masing-masing meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa ibunya sejurus kisah wanita itu dilaporkan akhbar semalam.

“Panggilan dan WhatsApp yang mahu mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut dan ada yang meminta nombor akaun bank untuk beri sumbangan membantu meringankan beban kami sekeluarga.

“Sebagai anak, saya bimbang dengan nasib yang bakal dihadapi ibu di sana (Arab Saudi) dan percaya wang akan berjaya dikumpul hasil sumbangan rakyat Malaysia,” katanya kepada Kos­mo! Ahad di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan ahli keluarga jururawat itu memerlukan sumbangan bagi menyelesaikan tuntutan saman berjumlah RM210,000.

Intan Sofia yang berkhidmat di hospital berkenaan sejak 2014 disabitkan bersalah Ogos lalu atas kecuaian ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian seorang bayi pada 2016.

Berita berkaitan: Jururawat mohon bantu selesai saman RM210,000

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI