HULU SELANGOR – Mayat seorang wanita ditemui tersangkut pada dahan pokok di dalam sungai di Rimba Kali Camp Site, Jalan Batang Kali-Genting, dekat sini hari ini.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.11 tengah hari.
“Panggilan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memohon khidmat khas bomba mengangkat mayat.
“Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi,” ujarnya hari ini.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian didapati mayat seorang wanita terapung dan tersangkut pada dahan pokok yang berada di dalam sungai.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
“Setakat ini identiti lengkap mangsa belum diketahui, namun dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929