fbpx

Lima laporan kes tipu kutipan derma haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan FOTO: DIYANATUL ATIQAH

PETALING JAYA – Polis mengesahkan sebanyak lima laporan telah diterima daripada mangsa berkaitan penipuan kutipan derma oleh individu yang menyamar sebagai pelindung haiwan menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan pertama diterima pada Rabu lalu melibatkan seorang mangsa yang kerugian hampir RM15,000.

“Mangsa didapati membuat transaksi pembayaran ke dalam dua akaun bank yang berbeza atas penama Erlang’s Dog dan ST Pets Journal.

Mohamad Fakhrudin

“Susulan kejadian itu, polis menerima satu lagi laporan semalam yang mana mangsa ternampak artikel di laman Facebook tentang wujudnya organisasi yang terlibat dalam memelihara serta memberi perlindungan kepada haiwan dengan mengutip derma daripada orang ramai,” ujarnya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan artikel tersebut, organisasi yang dimaksudkan adalah ‘A Pets Journal, Erlang’ Dog, Quan Shelter dan Shui Fen Dogs.

Justeru itu, katanya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta agar tidak mudah terperdaya dengan sebarang kenyataan kutipan derma di media sosial, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI