fbpx

Kilang kapas, kain terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah kilang kapas dan kain di Taiping yang menyebabkan kepulan asap hitam sejauh tiga kilometer.

TAIPING – Sebuah kilang kapas dan kain di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai di sini terbakar sehingga kepulan asap hitam kelihatan sejauh tiga kilometer dari tempat kejadian.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 3.20 petang itu menyebabkan pekerja segera meninggalkan premis.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah kilang kapas dan kain di Taiping yang menyebabkan kepulan asap hitam sejauh tiga kilometer.

Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Menurut kenyataan itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikerah ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Semasa bomba tiba, api sedang marak membakar kira-kira 70 peratus kawasan kilang.

“Kita turut mengarahkan bantuan jentera dan anggota dari BBP Kemunting, BBP Bagan Serai termasul terak penangki dari BBP Kuala Kangsar,” ujar kenyataan itu.

Operasi pemadaman masih diteruskan diketuai Ketua BBP Taiping, PKPgB Rafel Hairul. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI