fbpx

Kanak-kanak 10 tahun antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kiri) melihat antara motosikal yang disita kerana diubahsuai di Balai Polis Trafik Kuantan di Kuantan semalam.

KUANTAN – Kanak-kanak berumur 10 tahun yang membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar antara 74 individu yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Pantai Balok dan Pantai Kempadang, di sini, malam tadi

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam operasi tersebut seramai 61 lelaki dan 13 wanita ditahan berusia 10 hingga 28 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi ini kita menahan 50 buah motosikal diubah suai yang boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang atau pengguna jalan raya yang lain termasuk menggunakan tayar kecil, tiada nombor pendaftaran dan sebagainya.

“Daripada jumlah itu sebanyak 20 motosikal telah disita kerana tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan selain polis turut mengeluarkan sebanyak 117 saman,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Trafik Kuantan.

Operasi terbabit dilaksanakan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bersama Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bermula pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 10 malam. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI