fbpx

JPJ jamin tunggakan ujian memandu selesai akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Aedy Fadly pemantauan mendapati majoriti IM beroperasi mengikut SOP ditetapkan.

KUALA TERENGGANU – Ujian memandu seramai 462,124 calon yang tertunggak ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dijangka bakal diselesaikan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata, tunggakan itu melibatkan calon di kesemua 232 institut memandu (IM) di seluruh negara.

Tambah beliau, bilangan penguji yang kini berjumlah 530 orang akan dipertingkatkan sehingga 20 peratus bagi melicinkan proses ujian memandu tertunggak berkenaan.

“Selain itu, bilangan kuota harian calon akan ditambah mengikut kesesuaian dan kapasiti IM namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“IM juga disarankan mengutamakan calon yang tidak dapat meneruskan latihan atau ujian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika melawat IM Bitara di Kampung Padang Midin di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI